hari-keluarga-yayasan-terengganu-2013
Perutusan YDP
CABARAN 2013

TAHUN 2013 merupakan tahun yang mencabar bagi Kelab Yayasan Terengganu.

Program pertama yang dirancang dan dicadang sekian lama mula mendapat

pertimbangan dari Pengurusan. Kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Pengurusan kerana telah memberi kepercayaan bagi mengendali/melaksanakan

Program Hari Keluarga Yayasan Terengganu. Tema I LOVE YT adalah langkah

awal bagi mengembalikan keharmonian dan kerjasama serta semangat setiakawan

dikalangan kakitangan yang makin menjurang.

KELAB YT berharap semua kakitangan serta keluarga dapat hadir pada 26 Feb,

2013 ( Sabtu ) di Kem Pengakap Seberang Takir. Kehadiran dan Penyertaan dan

sokongan ahli adalah penentu kepada kejayaan Program ini. Kejayaan Hari Keluarga

di Telaga Papan adalah merupakan KPI kepada Program ini kali ini. Kejayaan

dan kehebatan sesuatu hari Keluarga tidak ditentukan dengan hadiah- hadiah dan

cabutan Bertuah yang begitu grand. Inilah cabaran yang dipikul oleh Kelab pada

hari ini agar ia merupakan satu Program yang sering diingati.

         Dalam masa yang sama, Kelab juga telah diamanahkan menyiapkan satu

Kontinjen bagi Penyertaan PESAYA ke 11 di Johor. Kekangan kewangan dan tempoh yang

singkat serta keadaan cuaca yang tidak menentu dan suasana deman PRU 13 juga

mempengaruhi persiapan Kelab. Pengalaman serta semangat yang ditunjukkan

oleh semua Jawatankuasa Kelab , J/kuasa Hari Keluarga serta Pengurus - Pengurus

pasukan dan Ahli / kakitangan ,insyaallah..semuanya akan berjalan lancar dan

semuga beroleh kejayaan.

Statistik Pengunjung
Hari ini:12
Bulan ini:963
Jumlah Pengunjung:28482
Tarikh dari:2011-02-11
We have 3 guests online